Tuesday, August 30, 2011

SALAM AIDILFITRI

ALHAMDULILLAH..............
dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki utk menyambut syawal kali ini....
p'siapan dah siap...menu sudah tersedia.....pic2 tggu akan di upload kemudian ye...
rya thn ni xde lah semeriah zaman kanak2 riang dulu...biasa2 saja...mcm kerenah perlu dihadap..
sabor je lah.....t'kenang kan arwah ayah...lama x jumpe...rindu hanya allah yg tahu...kalua lah dpt b'jumpe....alangkah bersyukurnya aq pada MU ya ALLAH.....ayah adk rindu sgt2

Saturday, August 27, 2011

penat + punoh!

berak la trek nih...nk wk xtaw dok main ore tua dk kalut...wak khe haok lain wk xtaw kito...
punoh demo nih....mulut jah kecek bele mato tgok tnge xgerok....mapuh la ore alik nih...adooooo la
masa sblm bleh bunyi ko kecek po nk settle blako...apo2 xlepah ngn kito ehh....
penat2....hadap jah la,,,nk oyk lbh kato 'mcm bagus'///senyap jah la kito ni m ugo nupe hok ore jah 2 gk...sob sob sob....hadap..damn!!!!
bahagie bonda

bahagie aq + siap sie n masok
penat wk kijo goni
ore xtahu lagu mano

hooooohoooohoooo balik kampung!!

orait...ni la yg ditunggu2...time dh masa tuk balek kg b'hari raya..kuang3
tp mmg awl lg kan kann..bkn blek trus raya ok.....
terima kasih kpd SANI EXPRESS..haha best habis walaupun agak lewat sedikit seperti dijanjikan...kata 8.30 a.m...tp 9 a.m bru gerak..aq kul 7 a.m dh gerak dr umh sewa s.13 ke bus station s.17..kematu gk la dk menunggu...standard la kan...sampai my kg tepat jam 3 p.m...yess seperti dijangka...mmg dlm bus 2 aq nikmatinya dgn cara TIDO..hahaha dr Shah Alam sampai Gua Musang...sedar2 dh sampai town GM..anjat boboi au...nasib baik xlena sampai KB.hahaha ni semua penangan xtido mlm sebelum nk naik bus pagi 2...exsited kan...skrg dh dua hari sampai kg bru hari ni dpt update sbb b........... tggu org bwk balek nk pinjam.hahahaha kedaung sgt....rumah mek dh 50% siap kemas..hari ni sambung lg,lg pun lbh meriah bila dh ramai2 ckit ni kann...n tadi bru dpt berita gumbira....my baju raya dh ciap u oll'ss!!!!haha...semangat2.

 kt umh shah alam lg..
kecoh 1 umh aq kejakan suh
tlong pakaikan shawl cmni..hahha
mummy nurul ckp..ni bru nk blek kg
blum nk raya lg..hahaha
sorry la...
muka cover marah tggu bus xdtg2
huhuhuhu sabor je lah
 yess3!!!dh ad kt dlm bus nk nk mulakan
xtvt tido..muahahaha
ni pemandangan dr tmpt duduk aq
peerrgghhh
belakang sekali dowh!
pening kpla mak aiii...
ni pun tiket yg beli 3 mggu lps
lau ad yg bru beli...xtaw la dpt seat
yg kt mana...huhuhu
nk blek kg punye psl..
apa2 pun aq kt kg skrg...!!!

yg xblek lg 2 jgn jeles noo.....maybe esok lusa giliran u oll's lak...
semoga selamat sampai ke kg halaman...
uurrrmmm nk ucap slmt hari raya ke x ekk??
tggu la 2 3 hari lg ye......
bubye.........:') <3

Tuesday, August 23, 2011

Kau Pergi..........

org first yg meninggalkan umh ktorg utk
balek b'raya kt kg halaman
kebun teh,jb
the second
tawau,sabah
24/8 akn menyusul
ampang je punnn

hahaha cute girl ni
balek kg 25/8
gua musang kelantan *bangga

pun 25/8 tp ptg ok....hahaha
katanye raya kt kedah
tp sblum 2 blek gombak la dulu agknye ye
26/8 bru balek
bandar tenggara kulai johor
yela org paling bz kt umh ni
class smpai jumaat katanye...huhu
punn blek 26/8
ke semenyih


27/7=5/9
umh kita akan kosong sbb smua dh balek raya...
dh raya jgn lupa jln pulang lak ye..hehhe

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN








aqu dan kamu

sedih bila mengenangkan kembali.....dh byk suka duka bersama,tolong menolong,bantu-membantu...korg the best la....mesti rindu korg nanti 6bulan kita akan terpisah...ros t'paksa kelur dr umh kita ni utk teruskan proses stady ros.....Latihan Industri sedang menanti ros....ros syg korg semua walaupun kadang2 ada yg ros xsuka...tapi biasalah kita hanya manusia biasa n xsemua manusia sempurna.....terima kasih kpd Junita & Hafiza sbb dh aturkan majlis b'kumpul utk kita buat t'akhir kalinya ni...lau bkn td mungkin dh xtaw bila la kann...
lg pun esk 23/8 Junita & Intan dh nk berangkat ke kampung halaman menyambut hari raya bersama keluarga masing-masing...sumpah sedih sgt dah 2 tahun kita lalui pengalaman ini bersama-sama...ros & Nurul akan menyusul pada 25/8...Fiza,Meera & Dyra lah 26/8....waaaaaa masing-masing ada kehidupan sendiri.Bykkan pengalaman yg kita dpt...masing2 ada jln sendiri melaluinya...walaupun kita serumah tapi kita tak sama dan mmg tak akan sama...kita dari negeri yg b'beza,cara hidup yg jauh b'beza,keluarga masing2 dan pembawakan diri masing2....tak dinafikan mmg perasaan syg kpd korg mmg semakin menebal dlm hidup ni,korglah kwn yg ros ada sepanjang hidup di Shah Alam ni...syg sesgt!!!!!!

FIZA,NURUL,JUNITA,DYRA,INTAN & MEERA.....Ros syg korg mcm keluarga sendiri.Ros pun bkn sempurna....maaf kan slh silap Ros pd korg sepanjang kita b'sama....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SALAM KEMERDEKAAN....MAAF ZAHIR & BATIN...HALALKAN MAKAN MINUM...maafkan jika ada t'kata dan t'maki ect.KALAU ADA JODOH KITA JUMPA LAGI!!!!!!!!!!MUUUUUAAAAAHHHHHHHHHH200000xx

jom layan pic2 time kita break fasting sesama tadi :')

luv u somuch
fiza

dyra & junita

chef ros

ita,dyra,meera,fiza,intan & ros

nurul & meera


syg korg!!

Sunday, August 21, 2011

Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.
Qiyamullail
Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.
Solat adalah merupakan bekal. Bila dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.
Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu adalah merupakan saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.
Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang bertanya telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]
Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud.) [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]
Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]
Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.
Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.
Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:
  • Keikhlasan niat,
  • Memperkuat tekad,
  • Memperbaharui taubat,
  • Menghindari maksiat pada siang harinya,
  • Segera tidur,
  • Melakukan tidur siang hari, dan
  • Memohon bantuan dari Allah SWT.
Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.
Ubadah bin al-Samit berkata bahawa pada suatu malam ar-Rasul saw. keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda, maksudnya:
Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.
Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.
Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: "Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu."
Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.
Malam... tanda-tanda dan waktunyaAllah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.
Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.
Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.
Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:
اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني
"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."
Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.
Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadarmempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.
Sebab turun surah Al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”
Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatul Qadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”
Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatul Qadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul !adar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Friday, August 19, 2011

my soul~~~~~~~~~

18 ramadhan....(khamis)

hari ni adalah hari terakhir utk class kitchen Pastry dgn Chef Halim..
huhuhuhu sedih gak la...dh xde peluang nk belajar dgn chef yg ada byk pengalaman dan kepakaran dalam dunia pastry..lau korg tgok uuwwwhhhhhhhh mmg seni habis...aq pun kalah u oll's...
utk kitchen last ni ktorg punya menu ialah CAKE!!!wow.semua org xcited bila dgr chef ckp nk buat cake...hahaha mmg the best part la kan...so,kita mula kan class seperti biasa...chef tjukkan demo than ktorg buat...best,syookkkk abisss.......

CHEF HALIM yg sgt2 sporting n baik..
syg chef byk2..
terima kasih ats ilmu yg diberi..:')

see...seni u oll's..
<3

dan ni lah hasilnye
demo drpd Chef Halim :)


ashik yg chef punya je.....mana yg 'student' dia lak kann
hahahhahaha...sabarrrr
nk sperise cikit...

lau tggok jgn t'haru sgt sbb t'lalu chantik ye...
muahahahhahah*bangga

OMG OMG!!xpercaya leh jd cantik cmni.
hahaha
alhamdulillah

pandangan atas

pandangan sisi

muka bangga...muahahha

it'mine!!!!!!




19 ramadhan......(jumaat)

hari ni lak...last kitcken utk class Desing B...yg diajar oleh Chef Adly tetapi utk hari ni Chef Halim yg take over semperna class chocolate...urrmmmm yuuummmm yuuummmm....
Ktorg belajar buat hiasan menggunakan chocolate dan buah 1 bentuk box menggunakan chocolate...
unikkan....tapi dlm dunia culinary itulah salah satu perkara yg perlu di ambil berat..yelakan lau bab makanan ni org akn tgok rupa dia dulu dan baru cuba rasa keenakannye..."dari mata turun ke perut" hehehhehehe
ok lah jom cuci mata sat...
tp xdpt ambk pic byk sgt....hp buat hal..

THANKS Chef Adly

Thanks a lot Chef Halim




DAN HARI GAK LAST KITCHEN INTERNASIONAL CUISIEN UTK AQU SBB SEPATUTNYA MGGU DPT LAST KITCHEN SEBENARNYA TP DISEBABKAN TIKET FLIGHT AQU UTK BLEK KAMPUNG 25/8/2011 JADI AQU XDPT NK HADIRKAN DIRI LA PADA 26/8/2011......
SO SORRY CHEF SURIA....TERIMA KASIH UTK SEGALANYA <3






Pertengahan Ramadhan....xtvt

16 ramadhan....

jumpe ex housemate yg dh lama xjumpe lps dia pindah...xtaw sbnrnye tp ada dak umh yg keluar than bila dia blek dia ckp dia jmpe ex HM ada kt kedai2 bwh block...apa lagi mmg excited la denn nk g jumpe.Bila dh turun 2,dr jauh lg aq dh mcm cam org 2 taw...dr jauh lg dh senyum2...apa x nye..rinduuu gilerr kowt...bila dh jumpe apa lg peluk cium la kann...urmmm t'ingt kenangan setahun lps..huhuhu..aq syg dia sgt sbb dia la roommeta p'tama aq msa mula2 dtg shah alam ni..baik sesgt nk very the funny..hahaha...
Walaupun dpt jumpe kejap je tp mmg gempak dowh...ashik gelak je!! owh KAK INA...bila nk lepak lama2 ni,,rindu nk dgr akak cite mcm2....miss u so much DR.SABRINA

comel sgt!!!


17 ramadhan......

public holiday(nuzul al-quran)....
bila dh nama pun public holiday makna nye class pun xde la kan...
so,dgn itu ktorg pun ambek la peluang ni g jejln cuci mata shopping raya...
kt Shah Alam pun bleh tahan la ramai gak org yg keluar shopping p'siapan raya...
kemeriahan dia lbh kurang kt KL gak la....~~
aq xbeli pape pn..mcm xb'minat sgt dh sbb kebanyakan p'siapan raya aq mcm dh cukup je...
temankan kwn beli kasut raya than pusing2 je....
sempat melepak lg kt tgh2 alam SACC Mall 2....hahahha
dh dorg sediakan kerusi,apa lagi duduk je la kan...hilangkan lenguh2 kaki...
jom tgok pic yg aq sempat snap......@__@






Tuesday, August 16, 2011

LATIHAN INDUSTRI...@_,_@

tgh ari td dh pegi meeting pasal LI,,,,HUHU amat2 lah takut bila chef bgtaw sedikit demi sedikit pasal hidup masa tgh LI...aduuhhhh aq xsedia la!!Chef pn dh bg beberapa borang utk isi sblm meeting yg ke-2 akan di adakan....chef pesan suruh bincang dgn family utk buat keputusan nk buat LI kt mana...hukhukhuk...kakak2 n abang2 tolong la adik...:'(..susah gk nk buat keputusan ni sbb ia akn bg kesan masa dpn...n mampu ke aq hadap benda 'baru' ni..mcm2 cite yg chef bgtaw n kena buat keputusan nk pilih yg mana sbb bkn smua hotel leh g je....ada yg xelok n ada yg sgt2 la bagus....ikut hati mmg la nk yg sgt bagus 2...hujung mggu ni balek umh akak n aq akn tnye pndpat dorg...
Aqu mmg la dh ad yg melekat di hati ni...mintak2 la boleh.YaALLAH permudahkan lah

@pullman hotel PUTRAJAYA....Nak nak nak nak nak.

OMG OMG OMG....
NAK SANGAT!!!!
PLEEESSSSSSS


Agak Bengang Jugak arr

Dugaan Dugaan.......ni lah dia ketentuan Ilahi.
yaALLAH permudahkanlah p'jalanan hidup aq ni....
rasa takut menyelubungi diri tika saat ni...punca dia...
isu kt kolej....rasanye aq ad bt 1 entry yg Latihan Industri
tuk Cos aq di postpon kn ke tahun dpn (april) tp korg taw x
mcm nk gugur jantung ni bila aq dpt call dr classmate pagi semalam,
dia ckp ada taklimat LI utk ktorg....dlm waktu call 2 la masa taklimat 2
dijalankan....;so,apa masalah skrg??aq xpham sungguh....jiwa dh semakin celaru..
nk salahkan siapa skrg??siapa yg salah dlm hal ni???YAALLAH aq redha.:"(
mcm mana nk hadapi ni...aq xsedia sepenuhnye....YAALLAH.
1st dlm hidup yg baru b'mula...aq xbiasa.aq xkuat......

xpe aq just follow up je dr yg lbh tahu mengenai hal ni...
sebut pasal yg megetahui hal ni...2 yg sbnrnye punca perasaan bengang timbul...
ni mmg la kehendak DIA...tp pada yg b'kenaan jgn nk menuding jari sahaja..
ktorg bkn xmaklumkan...b'jela aq terangkan tp sorg pun xambk port pasal group ktorg pnye pblem...
ada ko tnye ktorg dulu br wk keputusan???X kannn..........pg mam la we...
pastu tuduh ktorg bukan2...x g meeting la apa la.blaaa la weh...ko igt ko bgus sgt ke??
masalah skrg korg 2 hah yg ikut kepala sendiri tanpa pikir yg lain2...agak b**** s******.
x guna la wall group 2 lau apa2 info korg x update kt c2 tuk bgtaw ank2 tiri ni info t'baru.
agak kucar kacir...dah2....blm apa2 hari pusa ke-16 aq ni kan abis sia2 je lak....
:"(  :"(  :"(

baru ada kesempatan...

maaf ye stalker2 t'cyg ros lama x update blog kesayangan ni,dah setengah ramadhan kita lalui t'lalu teruja mengerjakan ibadah di bln ini menyebabkan ros kurang menganbil berat perihal blog,hanya fb menjadi teman utk mengenjok hal2 semasa....amacam puasa??*dah 16 hari kan....cukup 16 hari ke x ni?bg kaum hawa anda pasti tiada masalah jika t'paksa tdk puasa kan..tp bg bro2 sekalian xkan ponteng puasa kowt...malu la wehh.hahaha dh besar panjang kann..bawak2 la sedar diri.hehehe......
Sepanjang ramadhan tahun ni mcm biasa je sesemple tahun2 yg sudah...xelok b'lebih-lebihankan.mst ingat kpd yg kekurangan sbb itu pun salah satu sebab kita diwajibkan b'puas adi bulan ramadhan.Supaya kita pun sama-sama dpt merasa lapar dan dahaga seperti insan2 fakir didunia AllAH ini.Alhamdulillah sepanjang bln ni rezeki tdk putus2...terima kasih ibu,abang,kakak dan loan!!:")
Cite pasal p'tengahan ramadhan ni kan...adusss t'amatlah t'sentus jiwa wa ckp lu...apa x nye,sepanjang satu hari dgr radio *HOT fm.Makkaaiii 24hour lagu raya u oll's...smua ada,genbira,sedih,teruja dll.Fuhhh!!
Ni yg buat ros xsabar2 nk blek kampung ni....tiket dh awal ROs beli,almaklumlah xnk jd mangsa tiket bus raya habis..hahahaha
ok 6t sambung tuk entry seterusnya....nk solat subuh dulu.
wassalam

RAMADHAN AL-MUBARAK-bulan suci

Untuk sahabat dekat
Aku sadar memang bukan teman yang sempurna untuk kamu.
Kesalahan dan kekhilafan. Selalu saja ada diantara kita.
Terutama aku.
Untuk orang tua
Ayah dan Ibu sudah menukar seluruh jiwa
semata untuk kebahagian aku
Dan sampai saat ini belum tentu aku boleh
membalas budi dan jasa Ayah dan Ibu berdua.
Selamat Beribadah Puasa, Ayah, Ibu
Mohon maaf zahir dan batin.
Untuk kenalan 
Satu tahun tidak terasa
Ramadhan telah kembali kengunjungi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
Menjadikan kebaikan di bulan suci ini
Marhaban yaa Ramadhan
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Hidup ini terasa indah jika ada maaf.
Taqabalallahu Minna Waminkum…
Pergilah keluh, ku tak mau berteman dengamu
Silakan kesah, kau bukan takdirku
Mujahadah adalah temanku, dakwah adalah nafasku,
dan Allah adalah kasihku.
Maafkan segala kesalahan.
dua tahun b'pusa di perantauan sebagai seorg pelajar ipt..
ya ALLAH terima kasih atas peluang yg KAU berikan ini...
alhamdulillah alhamdulillah....16 ramadhan <3